Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 1, 2011

mohon ampun dan maaf!!

assalamualaikum, harap dimaafkan diri hamba yang tidak sempurna ini..
sesungguhnya hamba akan kembali bersiaran selepas penyakit M hamba ini sembuh sepenuhnya ;p

Wednesday, November 24, 2010

we will always love and remember you Wan Ngah

semalam 23 November 2010, pada jam 5 pagi, wan ngah menghembuskan nafas terakhirnya.

wan ngah, nenek saudaraku, kakak kepada nenek aku.
berkulit cerah, chinese look, berwajah serius.
semasa mudanya dia menjadi bidan, mesra dengan sesiapa sahaja.
suka menonton wrestling, pandai berbahasa cina, fasih berbahasa inggeris.
open minded, tak suka membebel.
antara orang tua yang amat cool bagi aku.

gugur airmata aku tatkala melihat darah dagingku yang lain bersedih pilu.
tidak ada raungan, cuma manik-manik jernih yang jatuh perlahan.

wan ngah tak sempat sambut ulangtahun yang ke 85 usianya, bersamaan dengan ulangtahun ke 3 perkahwinan aku.

semoga wan ngah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Al-Fatihah...


dalam kenangan..
(gambar diambil pada hari persandingan aku 25/12/2007)

Monday, November 22, 2010

tak nak tengok, tak nak dekat, tak nak makan

aku tak sanggup, tak sampai hati..
tak boleh tengok haiwan ternakan dikorbankan.

makanya aku langsung tak makan daging-daging mereka itu.
elok juga, kurang sikit aktiviti kemasukan kalori dan lemak-lemak tepu ke dalam body aku yang dah tak macam 'dulu' nie haha

Thursday, November 11, 2010

aku suka, mereka pun suka :D

dengar cerita bos aku akan bercuti 3 minggu bermula dari hujung bulan nie.
aku pretend macam takde rasa apa-apa.
macam takde perasaan.
tapi dalam hati aku...

rasa macam baru bebas dari penjara beb! wakaka..
yahoooo!! yabedabeduuuu!! i'm freeee!!

penagih kopi

semalam aku lepak minum kat Starbucks Coffee Menara Great Estern, Jalan Ampang.

bulan lepas opismet aku bagitau husband dia dapat email mengatakan JAKIM dah tarik balik sijil halal Starbucks. biar betik?

takpe, aku check kat JAKIM online. status - HALAL.

esoknya aku tanya sendiri kat kaunter Starbucks. budak comel tukang bancuh air kat situ kata "halal kak". okay fine!

semalam tanya lagi, halal juga jawapannya. sijil halal dari JAKIM pun ada tergantung kat dinding premis.



rupanya email yang diterima oleh husband opismet aku tu email yang dari zaman tok kaduk. zaman Starbucks tak memohon status halal dari JAKIM lagi. sungguh mengelirukan. si dol yang forward email zaman kuno tu boleh tak siasat dulu sebelum main tekan jer butang 'forward'?

hisap

salam..
sekarang kecoh pasal seorang pelakon lelaki dan tunangnya kena tangkap pasal dadah. kena tangkap pulak kat stesen Petronas dekat Tesco Ampang. tempat aku ulang-alik membeli barang dapur tu hehe

aku tak kenal pun pelakon yang ditangkap tu, walaupun dah tau namanya, siap google cari mukanya, aku still tak kenal. agaknya sebab dia pelakon baru kot itu yang aku tak kenal dia sape?

banyak betoi duit pelakon or artis zaman sekarang ek? aku sedia maklum yang spesis-spesis dadah nie bukanlah murah harganya. gila jauh murah menghisap rokok dari menghisap dadah. dan aku pun tak tau sangat jenis-jenis dadah nie. cuma aku tau syabu atau orang biasa sebut ice (ais). mahal kan?

paling tak faham cemana dorang boleh mudah sangat terperangkap dengan najis dadah.

kawan ajak ke?
kawan cabar ke?
kawan paksa ke?
kawan bagi free so nak jaga hati kawan terpaksalah hisap ke?
takkan nak salahkan kawan pulak kot?..

atau duit banyak sangat sampai tak tau nak buat apa?
banyak sangatlah bayaran lakonan kamu tu..

tekanan?
lepas hisap hilang tekanan?

masalah?
lepas hisap selesai masalah?

aku boleh kata tak kesah, lantak la korang, bukan ada efek apa-apa pun kat aku. tapi korang tu jadi bualan, perhatian dan ikutan masyarakat. korang dikenali ramai, walaupun artis yang baru ditangkap nie aku tak kenal hehe tapi sekarang kira dah terkenal la mamat nie ekeke

jadi janganlah nak perasan hollywood sangat, kalo tak menghisap kira tak grand la, kalo tak tinggal serumah dengan bukan muhrim kira tak moden la, kalau tak pakai seksi kira kampung laa..
adoi laa, agaknya sebelum jadi artis entah cemana la rupa dan cara hidup korang kan?
aku bukan anti artis, aku bukan anti hiburan, tapi aku anti spesis-spesis manusia yang perasan best nih. spesis yang merosakkan industri seni dan hiburan kita yang ciput nie.

cukuplah...

aku nak sambung google gambar pelakon tadi. kalau tak jumpa gak aku nak beli DVD filem lakonan dia hahaha :)

Wednesday, November 10, 2010

air yang membersih membawa kepada hati yang bersih haha

salam..
aku tengah survey penapis air yang bagus untuk dipasang kat paip dapur. dua tiga menjak nie aku jadi was-was bila memasak makanan or menjerang air. rasa macam air yang aku guna tu tak bersih. berkarat semacam.

lagipun itu kira hadiah istimewa untuk nenda tersayang laa :)


Kem Belumut (Gunung Tahan) 2008

Tuesday, November 2, 2010

Alhamdulillah

salam..
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang maha pengasih dan maha penyayang. dengan izin-Nya aku masih dapat berbicara di sini.

esok tanggal tiga haribulan sebelas, genaplah usia aku 31 tahun. cepat betul masa berlalu. rasa baru semalam arwah mama dan atuk meninggalkan aku. rasa baru semalam aku menjadi isteri kepada suami yang dikasihani.

semoga Allah memanjangkan usiaku dan memberi kesihatan yang baik pada aku. tiada lain yang aku pinta selain dari keampunan dan sinar kebahagiaan dari mu ya Allah.



terima kasih :)

Wednesday, October 20, 2010

imej syok sendiri

Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.

di atas adalah mesej pesanan yang terpapar di skrin blogspot pagi ini.

* alah bukan aku selalu load gambar pun kat sini. malas. lagipun blog aku nie cuma blog syok sendiri. so kalau tengah rasa syok ajer baru aku letak gambar hihihi

Tuesday, October 19, 2010

aku juga punya rasa itu..

ermmm, macam mana nak mulakan ekk..

okay. macam nie..
semalam aku ada buat entry pasal sentap kan. lelaki pun reti sentap hehe

hari nie aku nak cerita bab aku pulak sentap. tapi aku bukan nak cerita yang aku tengah sentap ketika menaip entry nie. aku nak cerita situasi kesentapan (cantik bahasa aku kan?) yang biasa aku hadapi.

situasi 1 : masuk opis, dengan hati berbunga dan wajah penuh ceria. lepas sign-in jer ada opismet tegur "hoi pendek"..
hah!! ini buat aku sentap!. bukan sebab dia panggil aku 'pendek' tapi sebab 'hoi' tu!! aku pantang betul orang 'hoi' dan 'hey' kat aku!. sebabnya, aku rasa itu amat kasar, dan bukannya jauh sangat pun kalau nak ditukarkan 'hoi' tu jadi 'hai' :|

situasi 2 : balik kerja, masuk rumah dan aku tengok ashtray atas karpet dalam bilik TV. aku sentap lagi! situ tempat baring, situ tempat melepak. kenapa ada benda kotor kat situ? argghhh...sentap! sentap! sentap!

situasi 3 : "wan buat apa tu", aku tanya kat nenda. walhal dah terang-terang nampak dia tengah masak. air kopi O berasap-asap terhidang atas meja dapur. "wan masak asam pedas mana tau jap lagi abang singgah makan kat sini", jawab nenda panjang lebar. ish!! sentapnyaaaa. bukan jeles okay! sentap jer! ada beza tu.

banyak lagi situasi lain, tapi aku malas nak letak banyak-banyak. takut aku tersentap pulak kat opis nie.

tapi aku, sentap macam mana pun. kejap jer. aku mudah melupakan semua hal yang menyentapkan itu. walaupun aku mudah naik darah, mudah rasa nak mengamuk tapi aku hadapi itu semua dengan berfikir secara positif.

tengah marah-marah tu, aku bayangkan lepas solat Isya' aku pergi melepak minum teh atau nescafe tarik kat mamak Pandan Indah dengan suami tercinta. atau aku bayangkan betapa bestnya weekend nanti kami pergi menonton wayang, makan, berjalan dan shopping bersama hehe

dan syukur Alhamdulillah, aku punya suami yang akan diam membisu seribu bahasa apabila penyakit sentap aku datang. dia tau yang dia patut diam, kerana diam dia akan membuat aku cepat tersedar betapa buruknya rupa aku ketika tersentap.

timakasih ayang!! ;p